Apa itu BMR


BMR (Basal Metabolic Rate) adalah kadar tenaga minima yang diperlukan oleh badan untuk berfungsi semasa tidak melakukan apa apa kerja atau berehat. 

Oleh sebab semasa kita duduk saja saja badan kita tetap menggunakan sejumlah kalori untuk  jantung, paru paru dan organ organ lain berfungsi.

Kira kira 70 peratus kalori yang kita ambil setiap hari digunakan untuk Basal Metabolisme ini. 

Dengan mengetahui BMR ini, kita boleh mengira jumlah kalori yang kita ambil untuk tujuan menaikkan berat, turun berat atau mengekalkan berat badan kita. 

Aktiviti harian yang kita lakukan setiap hari dapat meningkatkan 15 peratus BMR. Tambahan 15 peratus BMR ini memberikan kita jumlah kalori yang diperlukan untuk mengekalkan berat badan. 

Jika kita melakukan senaman atau aktiviti kardio kita perlu juga mengira jumlah kalori yang dibakar semasa melakukan kardio tersebut. 

Untuk mereka yang ingin membuat aktiviti penurunan berat badan, defisit 500 kalori sehari dapat mengurangkan 1 pound atau 0.45kg seminggu. Maksima defisit 7000 seminggu untuk turun 0.9kg. Lebih dari itu apa yang berlaku adalah kehilangan muscle mass dan air dalam badan. Akibatnya apabila kita berhenti mengamalkan diet kita berpotensi untuk naik berat badan semula. Pakar menasihatkan lelaki supaya tidak kurang dari 1500 pengambilan kalori sehari manakala perempuan pula 1200kalori sehari supaya fungsi badan tidak terjejas yang akan memudaratkan kesihatan kita.  

Carta di bawah menunjukkan carta Puan Zainorah yang mempunyai kadar BMR 1500 yang mahu menurunkan berat badan beliau. (1 Pound bersamaan (0.45kg). 


JUMLAH KALORI UNTUK ZAINORAH TURUN BERAT BADAN
  KEKALKAN BERAT KURANG BERAT (1PN/1MG) KURANG BERAT 2PN(1MG)
Tiada Senaman/kardio 1725 1225 725 (Not Healthy!!)
Bkr 250kcal/hari 1975 1475 975 (Not Healthy!!)
Bkr 500kcal/hari 2225 1725 1225
Bkr 750kcal/hari 2475 1975 1475

No comments:

Post a Comment